Monday, 14 November 2011
Tips Mengawal Berat Badan
Siapapun yang mempunyai masalah berat badan akan berkata untuk menghilangkan berat badan tidak semudah apa yang dilihat. Orang-orang yang ramping, atau telah kurus akan mengatakan itu hanya masalah motivasi diri dan malas! Apapun, segalanya bermula dari dalam diri anda. Di sini dikongsikan 8 tips untuk mengawal berat badan anda.
1. Minum Air Masak
Tubuh kita terdiri daripada 65-70% air. Maka air amat penting. Kadangkala kita terasa lapar tetapi sebenarnya bukan kerana kita lapar tetapi kekurangan air. Cuba apabila anda lapar, minum segelas atau dua gelas air dan lihat kesannya adakah anda betul-betul lapar atau badan anda kekurangan air.
2. Kunyah Makanan Anda
Mengunyah makanan kita dengan lambat dan perlahan mempunyai beberapa keuntungan yang kita tidak sedar. Ini memberi kita keupayaan untuk berehat, dan menikmati makanan kami. Mengunyah perlahan adalah langkah pertama, dan sangat penting dalam suatu sistem pencernaan yang kompleks. Selain itu, jika kita makan perlahan-lahan, kita mungkin merasa penuh sebelum menyelesaikan semua makan, dan boleh meninggalkan sisanya untuk makan seterusnya.
3. Latihan harian
Amalkan latihan atau excercise setiap hari selama 30 minit. Sekadar berjalan pantas sudah memadai. Amalkan ini selama 30 hari dan anda akan nikmati perubahan dalam hidup anda.
4. Beritahu orang lain niat anda
Tulis di blog, bercerita di forum, dan beritahu orang lain membuat anda tetap bertanggung jawab untuk membantu. Beritahu orang lain rencana anda, itu akan membantu anda mendapatkan motivasi!
5. Membuat jadual makanan
Merancang hari anda sehingga anda makan di sekitar waktu yang sama setiap hari. Penjadualan ini akan membantu pencernaan.
6. Jangan terlalu banyak makan
Ketahui batas anda dan berhenti makan ketika anda penuh. Sukat pemakanan anda agar tidak merugikan diri sendiri!
7. Pilih snack anda dengan bijaksana
Seperti biasa, pilih makanan yang kurang kalori dan tidak berlemak. Ini telah banyak kali ditekankan dalam pemakanan harian kita namun ramai yang sering mengabaikannya.
8. Lifestyle
Ingat, ini bukan tentang diet khusus, atau program latihan khusus. Rahsia sesungguhnya adalah dalam mengubah kesihatan anda menjadi gaya hidup, dan tumpukan pada gaya hidup sihat dengan setiap pilihan yang anda buat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)