Monday, 14 November 2011

Masalah Keguguran Rambut

0 comments


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai wanita mula mengalami keguguran rambut yang awal dan uban pramasa. Bagi kebanyakan wanita, rambut yang semakin jarang memang menyusahkan hati terutamanya rambut mula gugur dari bahagian atas kepala.

Penyelidik-penyelidik perubatan mengatakan bahawa faktor-faktor keguguran rambut antara lelaki dan wanita adalah berbeza.

Keguguran rambut wanita adalah disebabkan oleh :-

1) Sindrom Selepas Bersalin
 
Wanita berisiko tinggi keguguran rambut apabila mereka berada dalam fasa kehamilan. Selepas bersalin, jumlah kehilangan darah yang banyak menyebabkan peredaran darah dan hormon hilang keseimbangan. 3-5 bulan selepas bersalin, keguguran rambut boleh mencapai 30% kerana gangguan dan penyesuaian semula yang berlaku dalam badan.


2) Fasa Haid, Menopaus
 
Pengambilan pil pencegah hamil dan pemberhentian pengambilan pil itu atau wanita yang mengalami menopaus akan mula menghadapi ketidakseimbangan hormon. Semasa kedatangan haid, saluran rambut dan folikel mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi akibat gangguan aliran “makanan” pada seluruh badan.


3) Diet Yo Yo
 
Wanita muda yang berdiet secara melampau akan menyebabkan badan mereka kekurangan banyak nutrien. Pelan pemakanan harian dengan buah-buahan, sayur-sayuran atau hanya melangkau waktu makan boleh membahayakan badan. Pada kadar ini, rambut juga akan gugur dengan banyak kerana kekurangan protein yang diperlukan oleh sel rambut untuk berfungsi.


4) Tekanan Kerja
 
Wanita moden sentiasa menghadapi tekanan. Ini menjadikan mereka khuatir dan resah. Apabila seseorang menjadi panik, dia bukan sahaja gelisah malah peredaran darah yang biasa juga akan terganggu dan menyebabkan kulit kepala merembeskan jumlah minyak yang banyak. Tekanan juga menyebabkan uban pramasa.


5) Keturunan 

Jangan menyangka bahawa lelaki sahajalah yang mengalami keguguran rambut yang disebabkan oleh keturunan. Wanita juga boleh mengalaminya! Apabila umur wanita semakin meningkat, perembesan hormonnya juga akan mula menurun dan jika ibu bapa serta saudara-maranya mengalami masalah keguguran rambut, dia berkemungkinan mengalami keguguran rambut pramasa juga. 


6) Pengerintingan Atau Pencabutan Yang Kerap 

Pengerintingan yang kerap boleh menjejaskan rambut anda. Ini adalah kerana bahan kimia yang digunakan dan bahan-bahan itu termasuklah mousse, losen pengerintingan dll.  Pencabutan atau penarikan rambut anda akan menyebabkan keguguran rambut yang banyak di kemudian hari. Rambut yang diikat tinggi di belakang kepala akan menyebabkan garis rambut semakin ke belakang dan juga keguguran rambut.


Jenis-jenis keguguran rambut wanita yang biasa termasuk sindrom selepas bersalin, kulit kepala berminyak, keguguran rambut akibat penyakit, keguguran rambut akibat jangkitan bakteria dan kelemumur. Jika rambut anda berkelemumur, sangat berminyak, bercabang, senang putus dan sangat gatal, anda berkemungkinan mengalami masalah rambut yang serius.

Dapatkan konsultasi daripada pakar rambut sekarang. Jika anda mengambil tindakan dengan cepat, anda masih boleh mengatasinya. Jika tidak, ia akan membawa kepada masalah keguguran rambut yang berkekalan.

Jika anda seorang wanita yang mementingkan rupa, pastikan anda dapatkan bantuan profesional sebaik sahaja anda melihat masalah pada rambut anda. Pakar-pakar akan dapat memberikan anda analisis yang terperinci dan mengesyorkan rawatan yang sesuai untuk keadaan rambut anda yang unik. Dalam masa yang singkat, anda akan mendapat kembali rambut yang sihat, berkilat dan lebat.





Leave a Reply

Labels