Monday, 14 November 2011

Ayam Masak Merah

0 comments


Bahan-bahan : 
1/2 ekor ayam | dipotong kecil
5 biji bawang merah | dimayang
4 ulas bawang putih
2sm halia
1 biji bawang besar
5gm kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
250gm cili kisar
50ml santan
Garam dan gula secukupnya 


Cara memasak : 
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Ketepikan.
 
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik baunya.
 
3. Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan hingga garing.
 
4. Apabila garing masukkan ayam dan kacau sebati.
 
5. Tuangkan santan dan biarkan masak seketika.
 
6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya dan taburkan hirisan bawang besar.
 
7. Angkat dan hidangkan.

Leave a Reply

Labels