Saturday, 12 November 2011

Tampil Cantik Persis Model

0 comments


Bagi anda yang menjadi raja sehari pastinya ingin kelihatan cantik pada hari persandingan tersebut. Malah anda juga pasti ingin mengabadikan memori tersebut untuk tatapan anak cucu anda di kemudian hari.

Apa yang perlu anda lakukan untuk kelihatan cantik di dalam gambar ialah tidur lebih awal sebelum majlis persandingan anda keesokkan harinya. Ini bagi mengelakkan mata bengkak dan kelihatan letih atau tidak bermaya. Hal ini penting bagi mengelakkan mood anda berubah-ubah kerana keletihan dan mengantuk.

Apa yang lebih penting, anda perlulah memasang niat sebagai pengantin. Tanpa niat, bermakna anda tidak bersedia dan perkara ini akan menyebabkan anda 'kalut' sewaktu majlis berlangsung, apa lagi ketika hendak bergambar.

Kata orang senyum itu sedekah. Senyumlah bagi mendapatkan mood yang lebih ceria ketika bergambar. Anda akan nampak cantik jika senyum itu ikhlas dan bukannya dilakukan kerana terpaksa atau dipaksa.

Adalah satu kelebihan jika anda pandai seiringkan antara sudut kamera dan pencahayaan dengan gaya yang dilakukan. Mimik muka juga penting bagi menampakkan gambar anda lebih natural. Jika ini berlaku, silap-silap gaya anda setanding dengan para model antarabangsa.





Leave a Reply

Labels