Saturday, 12 November 2011

Tanda Orang Lelaki Merajuk

0 comments


Diam Seribu Bahasa 

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sahlah si dia tu merajuk dengan kita.


Buat Tak Tahu 

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan saja buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.


Menolak Untuk Makan Bersama 

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti " awak makan la dulu, saya kenyang lagi la...lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi " walhal perut lapar.


Masam Muka 

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger baju, gantung kat muncung dia)


Baca Surat Khabar 

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam 

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka !


Keluar Rumah Tanpa Beritahu 

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!


Matikan Telefon Bimbit 

Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat...Alaaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!


Hisap rokok 

Macam tak pernah dapat rokok setahun.





Leave a Reply

Labels