Thursday 26 April 2012

Aksi Manchester City di Kuala Lumpur 30 Julai ini

0 comments


KUALA LUMPUR 25 April - Hasrat peminat dan penyokong Manchester City mahu melihat aksi kelab itu di depan mata bakal tertunai apabila mereka buat pertama kalinya akan singgah di Malaysia, 30 Julai ini.

City yang kini bersaing hebat dengan Manchester United bagi merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menentang skuad pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kunjungan City ke sini selepas skuad itu bertemu Arsenal di Beijing pada 27 Julai.
Sebelum ini, Arsenal turut mengesahkan akan mengadakan perlawanan dengan skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal di stadium yang sama 23 Julai.-sumber





Leave a Reply

Labels