Thursday, 19 April 2012

Anda Hamil... Apakah Peranan Suami pula?

0 comments



Berikut beberapa perkara yang suami anda boleh lakukan untuk anda!

  • Buatkan anda berasa tenang supaya anda dapat berehat dan tidur secukuonya, contohnya mengusap lembut kepala anda dan memberikan urutan.
  • Suami seelok-eloknya bersiap untuk memenuhi permintaan anda sekiranya anda mengidamkan sesuatu makanan itu.
  • Suami seharusnya menunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungan anda. Dengan memberikan sokongan dan puji-pujian boleh menjadikan ini sebagai dorongan mental yang menyenangkan hati. Selain itu, anda tentu sekali perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.
  • Beritahu suami yang anda memerlukannya untuk mendampingi anda bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan pranatal. Bantuannya itu pasti juga dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri.
  • Suami anda boleh menolong anda untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Mungkin dengan lawak jenakanya ataupun masa yang diluangnya bersama anda, dapat mngealihkan kebimbangan anda terhadap hari bersalin.

Leave a Reply

Labels