Friday, 17 June 2011

Hubungan Seks Suami Isteri

0 comments


Seks 30 Minit Sudah Mencukupi

Berapa lama waktu yang kamu perlukan untuk melakukan hubungan intim??? Pasti persoalan ini tidak pernah terlintas di fikiran anda. Kalau ada yang bertanya sekalipun jawapannya pasti tidak sama antara satu pasangan dengan pasangan yang lain.

Ada yang mungkin menjawab sejam, setengah jam atau mungkin 15 minit. Sememangnya jawapan sebegini sudah dijangkakan. Tempoh masa melakukan seks untuk pasangan suami isteri sememangnya berbeza. Sebenarnya berapa lamakah tempoh waktu untuk melakukan hubungan seks??? Cukupkah 1 jam, 2 jam, setengah jam atau kurang dari setengah jam? Hanya anda ada jawapannya.
 
Jika tempoh masa ideal melakukan hubungan seks adalah 1 jam atau lebih rasanya pasti ramai yang tidak sanggup. Kepenatan bekerja dan menguruskan hal rumahtangga tentu membuatkan ramai yang tak rela ‘menyerah diri’ pada pasangan. Apatah lagi zaman sekarang bukan saja suami yang bekerja, isteri juga turut turun padang membantu mencari nafkah.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pusat kesihatan di Amerika Syarikat , rata-rata pasangan suami isteri melakukan hubungan seksual sekitar tempoh setengah jam. Tempoh setengah jam atau kurang dari itu dikatakan sudah cukup ideal untuk berhubungan seksual. Kajian ini disokong oleh pendapat pakar seksologi yang menyatakan bahawa, hubungan seks sebenarnya tidak memerlukan waktu yang lama. Paling penting adalah kualiti hubungan seks dan bukan kuantiti masa yang lama.


Bersambung siri 2 .....



Sumber : Perpustakaan Negara

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).

Leave a Reply

Labels