Friday, 20 April 2012
JAKARTA: Aktres dan model Tika Putri diijab kabulkan
dengan seorang usahawan muda, Teri, Sabtu lalu. Sehari kemudian,
pasangan mempelai itu mengadakan acara resepsi secara tertutup di
Segara, Ancol, Jakarta Utara.
Bintang filem ‘Queen Bee’ itu mengakui memang berhasrat untuk
berkahwin pada usia muda. Justeru, apabila Teri melamarnya, dia segera
menerima lamaran itu selepas mereka berpacaran selama setahun.
“Tempoh berpacaran singkat saja iaitu setahun. Alhamdulillah, sudah
jodoh saya dan memang saya berhasrat ingin berkahwin cepat,” katanya
ketika resepsi perkahwinannya, kelmarin. Tika kelihatan cantik dengan
kebaya putih, manakala Teri pula nampak tampan mengenakan kot putih
sedondon.
Artis berusia 22 tahun itu menjelaskan resepsi perkahwinannya memang
diadakan secara tertutup supaya majlis berjalan lancar dan lebih khusus
untuk keluarga.
“Memang sengaja diadakan secara tertutup kerana ia acara istimewa
untuk keluarga saja,” katanya. Sementara itu, Teri menegaskan dia tidak
akan menghalang kerjaya Tika di dunia hiburan walaupun selepas bergelar
isteri.
sumber: hmetro.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































