Friday, 20 April 2012
Jessica Alba Ibu yang Garang
AKTRES jelita Jessica Alba mengakui dia merupakan seorang ibu yang
sangat tegas dan garang berbanding dengan ibu bapanya yang lebih
‘tenang’ dengan anak-anaknya.
Jessica yang mempunyai dua orang anak iaitu Honoe, 3, dan Haven, enam
bulan, berkata, dia merasakan diri sedikit terpengaruh dengan budaya
tradisional apabila anaknya sering bertanyakan pelbagai soalan.
“Saya ada karakter yang sedikit berunsur tradisional apabila anak
perempuan saya selalu mengharapkan jawapan yang boleh memuaskan hatinya.
“Anak saya kerap bertanya ‘ Tapi, kenapa mak? kenapa?’, dan saya pula
akan membalas ‘Sebab saya yang berkata begitu’, sekadar ingin berhenti
daripada soalan yang bertalu-talu.
“Kemudian saya tersedar, bahawa saya sememangnya seorang ibu yang sangat ‘old fashioned’,” selorohnya kepada femalefirst.co.uk.
Sementara itu, bercerita mengenai zaman kanak-kanak yang dilalui
aktres ini, dia juga mengakui agak nakal dan kerap mendengar kata-kata
ibunya.
” Saya seorang yang bagus dalam akademik dan mendalami ilmu kitab Injil. Saya bukannya jahat pun, cuma suka memberontak rasanya.
“Pernah sekali ketika berusia 14 tahun, saya suri-suri membawa kereta
ayah pergi ke restoran makanan segera bersama-sama rakan-rakan dan
berseronok sakan. Ya, mungkin saya nakal,” selorohnya.
sumber: mstar.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































