Friday, 20 April 2012
Justin Bieber dah lamar Selena Gomez?
SELAMA ini, Justin Bieber dan Selena Gomez memang terkenal sebagai satu pasangan bercinta yang sentiasa berkepit.
Walaupun hubungan mereka selalu berhadapan dengan kecaman peminat
masing-masing, baik Bieber yang baru berusia 17 tahun mahupun Gomez, 19,
tetap terus bertahan.
Kini nampaknya hubungan cinta mereka seperti sudah melangkah ke satu
fasa yang lebih serius. Bieber didakwa telah memberi sebentuk cincin
kepada kekasihnya itu sebagai tanda lamaran.
Namun penyanyi yang terkenal dengan lagu Love You Like A Love Song
tersebut menyangkal bahawa cincin yang diberikan Bieber adalah cincin
pertunangan. Dia juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai perancangan
untuk berkahwin dengan Bieber dalam waktu terdekat ini.
“Tidak, ia bukan cincin pertunangan atau cincin lamaran. Ia hanya
sebentuk cincin biasa sebagai tanda persahabatan kami. Dia beri cincin
itu hanya untuk suka-suka,” jelas Gomez bersungguh-sungguh.
sumber: kosmo.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































