Friday, 20 April 2012
Tersebar Pula Berita Madonna Meninggal Dunia
Sebelum ini Whitney Houston baru saja meninggal dunia, tiba-tiba ada pulak berita baru.
Madonna yang baru sahaja mengumumkan akan melakukan konsert jelajah
tahun ini, namun industri hiburan pula dikejutkan dengan berita
kematiannya menerusi laman sosial Twitter.
Dalam waktu singkat,RIP Madonna menjadi topik hangat di seluruh dunia.
“RIP Madonna. She released the cover for her last single
before passing away (Berehat dengan aman Madonna.Dia melancarkan single
terakhir sebelum mati),” demikian kenyataan @LGMonsterFacts di akaun
Twitternya.
Bagaimanapun, kenyataan itu hanya sindiran terhadap
Madonna oleh kelab peminat Lady Gaga (Little Monster) setelah Madonna
mengumumkan bakal mengeluarkan sebuah album baru bersama LMFAO.
Namun,kenyataan palsu itu nyata menimbulkan reaksi kurang senang
pelbagai pihak yang beranggapan kenyataan itu sangat biadab.Apatah
lagi,dunia baru sahaja kehilangan penyanyi berbakat besar,Whitney
Houston.
Malah ada beberapa peminat yang membalas kenyataan tersebut dan beranggapan ia bukan perkara lucu untuk dibuat mainan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































