Thursday 26 April 2012

Kerajaan Pahang Promosi Sukan Malaysia Di Negeri-negeri

0 comments


KANGAR, 25 April (Bernama) -- Delegasi kerajaan negeri Pahang dalam siri Jelajah Malaysia bagi mempromosikan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 Julai ini telah singgah di Perlis Rabu.

Perlis merupakan negeri ketiga yang disinggahi oleh delegasi seramai 84 anggota termasuk 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi bagi memberi undangan rasmi kepada negeri itu menghantar kontinjen menyertai temasya sukan itu.


Rombongan itu, yang memulakan siri jelajah itu pada Isnin lalu, sebelum ini telah singgah di Pulau Pinang dan Kedah.


Rombongan itu, yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Wan Rosdi Wan Ismail, menemui Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu di pejabatnya di sini.


Turut sama menyambut kedatangan rombongan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Abd Jamil Saad.-BERNAMA




Leave a Reply

Labels