Friday, 20 April 2012

Kreatif Idea: Flash Drive Mohband

0 comments


Siapa sangka berpunca dari masalah asyik kehilangan flash drive/thumb drive lalu beberapa kawan turut mengalami masalah serupa, dua orang remaja kini berjaya muncul menjadi bisnesman muda. Andrew Kitzenberg memiliki idea unik – gabungkan flash drive dengan gelang getah supaya flash drive tu tidak hilang. Dia dan rakan karibnya Jeff memanggil produk mereka itu sebagai MohBand, singkatan kepada Memory On Hand Wristband. MohBand didatangkan dalam kapasiti 2GB ($19.90 Dolar Amerika) dan 4GB ($24.95 Dolar Amerika) dijual dalam bentuk solid colour ataupun jenis yang berfesyen direka dengan corak-corak menarik. Ada juga MohBand versi glow in the dark. Populariti MohBand meningkat dalam masa singkat hasil keunikan konsepnya. Kami tiba-tiba berkata dalam hati.. aiyaa.. kenapa Kingston tak fikir idea camni? MohBand adalah flash drive paling unik selepas kami menjumpai flash drive Brookstone berbentuk cufflink baju serta flash drive kereta De Lorean dalam filem Back To The Future.

Leave a Reply

Labels