Friday, 20 April 2012

Windows Phone Tango

0 comments





Windows Phone Tango adalah update terbaru sistem perisian untuk telefon pintar buatan Microsft. Versi sebelum ini adalah Windows Phone Mango atau nama dikenali sebagai Windows Phone 7.5 Mango. Selepas versi Tango, update yang akan menyusul adalah Apollo tapi ia hanya akan dilepaskan sekitar 4 bulan terakhir tahun 2012.

Sebelum ini Microsoft mengumumkan Tango akan dilepaskan pada satu jangka masa sekitar April 2012. Kini sumber terbaru kami mengatakan bahawa Windows Phone Tango dilepaskan pada 21 Mac 2012.

Tango disasarkan untuk smartphone berkos rendah juga berprestasi sederhana dengan RAM sebanyak 256MB sahaja. Nama yang pertama terlintas di kepala kami adalah Nokia, khususnya smartphone Nokia 610 yang disasarkan sebagai telefon bimbit Nokia Windows berkos rendah.

HTC juga mensasarkan untuk menjual telefon bimbit Windows Phone berkos rendah selain smartphone Android mereka, pastinya di lengkapi teknologi audio Beats By Dr Dre.
Dengan update terbaru ke Windows Phone Tango, pengguna boleh melancarkan 8 aplikasi serentak dalam masa yang sama, sebelum ini dalam versi Mango cuma 5 aplikasi sahaja boleh diaktifkan serentak dalam masa yang sama.

Tango dilengkapi dengan fungsi mesej multimedia. Apabila mengantar mesej teks, pengguna Windows Phone Tango boleh menyelitkan berbagai gambar dan video, rakaman suara serta nada dering ke dalam kandungan mesej teks tersebut. Ciri ini menyamai ciri pada aplikasi Whats App.

Untuk senarai Contact, Windows Phone Tango didatangkan dengan fungsi penyimpanan terus ke dalam data simkad. Dalam versi sebelum ini, Windows Phone tidak membenarkan nama dan nombor telefon Contact terbaru disimpan dalam simkad sebaliknya hanya membenarkan pengguna impot senarai Contact dari dalam memori simkad ke dalam memori telefon.

Leave a Reply

Labels