Tuesday, 24 April 2012

MUKJIZAT KELAHIRAN RASULULLAH

0 comments



MUKJIZAT KELAHIRAN NABI MUHAMMAD
صلى الله عليه وسلم

Tahukah anda ?

Antara mukjizat yang berlaku ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم dilahirkan iaLah terdengar suara dari sudut-sudut Ka'abah.

✦ Dari sudut pertama terdengar ucapan: "Telah datang kebenaran Islam, dan kebathiLan tidak akan datang lagi."

✦ Dari sudut kedua terdengar ucapan:

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin."

✦ Dari sudut ketiga terdengar ucapan: " Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari ALLAH dan Kitab (aL-Quran) yang menerangkan."

✦ Dari sudut yang keempat terdengar ucapan : " Hai Nabi ! Sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan. Untuk menjadi penyeru kepada agama ALLAH dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang."

Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata: "Ketika aku sedang berada di Ka'abah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada ALLAH. Aku dengar suara dari dinding Ka'abah mengatakan:

"Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku daripada berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui."

Sekian. Bukti cinta kita kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah sentiasa ingat dan menyebut2 namanya dan berselawat keatasnya....

Ya ALLAH, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang menjadi penawar semua hati dan ubatnya, yang menjadi kesihatan semua badan dan kesejahteraannya, yang menjadi cahaya semua hati dan kemilaunya, dan menjadi kekuatan semua badan dan makanannya. (Dan semoga rahmat melimpah pula) kepada segenap keluarga dan sahabat baginda serta berilah keselamatan.

* Bacalah selawat Nariah ini selepas solat dan masa2 lapang...insya Allah akan dimudahkan urusan hidup, mendapat kedudukan yang tinggi dan sumber rezeqi yang tidak putus2.

Leave a Reply

Labels