Tuesday, 24 April 2012

TANDA-TANDA MUKJIZAT KELAHIRAN RASULULLAH

0 comments



TANDA2 & MUKJIZAT KELAHIRAN NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم DI DALAM KITAB2 SAMAWI ✿ܓ♥

Kabul Akhbar ra. berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa ALLAH Subhanahu wa Ta'ala mengkhabarkan kepada kaum Musa 'Alaihis Salam tentang saat lahirnya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .Ia berkata: "Sesungguhnya bintang keadaannya tetap yang kamu ketahui, apabila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah lahir."

Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم lahir, bintang pun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diberitakan ALLAH itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka.

ALLAH juga telah memberitahu kepada kaum Nabi Isa 'Alaihis Salam di dalam kitab InjiL, bahawasanya apabiLa pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawasanya RasuL yang telah dijanjikan ALLAH SWT dalam kitab InjiL itu telah lahir di dunia. Tetapi peristiwa tersebut mereka rahsiakan, disebabkan oleh kedengkian mereka juga.

Dalam kitab Zabur pun ALLAH SWT memberitahukan, bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul ke permukaan bumi. Maka tepat pada masa Rasulullah صلى الله عليه وسلم dilahirkan, maka mata air itu pun mngeluarkan air yang berlimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu, namun kerana kedengkian, berita itu pun mereka rahsiakan.

Masya Allah...kaum Yahudi dan Nasrani sentiasa mengkaji dan mengikuti perkembangan kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan dalam hati mereka mempercayai apa2 yang terkandung dalam kitab2 samawi yg diturunkan ALLAH kepada Nabi2 mereka. Tetapi dengan sebab sombong, angkuh dan ingkar kepada ALLAH mereka telah merahsiakan kebenaran. Sehingga kini mereka tetap mengkaji aL-Quran dan kitab2 Hadith dan menunggu2 pula kemunculan Dajjal aL- Maseh, Imam aL-Mahdi, dan Nabi Isa 'Alaihis Salam serta kedatangan kiamat. Mereka sentiasa memperhatikan tanda2 dan isyarat2nya dan kerana masih dengan kedengkian mereka, mereka cuba merahsiakan dan menyembunyikan fakta. Sebab memang begitulah sikap mereka dari dahulu sehingga datangnya kiamat.

Sebaliknya, bagaimana pula sikap kita sebagai umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم hari ini terhadap apa yang dijanjikan ALLAH di dalam al-Quran ? Adakah kita menyibukkan diri kita dengan mengkaji aL-Quran atau sibuk dengan urusan duniawi seolah2 kita akan berada di sini selama-lamanya....

Ingin tahu jawapannya, ukurlah berapa lama kita habiskan waktu mentadabbur FaceBook setiap hari berbanding dengan FaceQuran setiap hari (atau mungkin setahun sekali sahaja iaitu pada bulan Ramadhan)., bagaimana akrabnya kita dengan teman2 FaceBook berbanding dengan teman abadi kita iaitu ALLAH Tabaraka wa Ta'ala . Akhir sekali... tanyalah diri, kita ikut siapa ? Yahudi, Nasrani atau Nabi صلى الله عليه وسلم

Leave a Reply

Labels