
Wednesday, 18 April 2012
Pendekar Laut
Pertarungan terunggul dalam sejarah komik Hong Kong, ialah pertarungan antara Pendekar Laut dengan Orga. Setiap kali mereka bertembung, para pembaca berdebar-debar seolah-olah merasai sendiri bahang pertarungan antara mereka.
Pendekar Laut dan Orga pernah bertarung beberapa kali dalam sepanjang riwayat mereka. Dua pertarungan yang paling diingati ialah ketika penghujung Pendekar Laut Generasi 1, pada mana pertarungan tersebut telah menyebabkan mereka menghayati erti kekuatan sebenar dan ia diakhiri dengan ‘kematian’ Pendekar Laut setelah terkena Tinju Maut Paus milik Orga.
Pertarungan kedua pula ialah ketika penghujung Pendekar Laut Generasi 2, pada ketika kekuatan mereka masing-masing telah mencapai tahap optimum iaitu Kuasa Tahap Kesempurnaan. Pertempuran itu ditamatkan apabila Pendekar Laut berjaya merempuh Kuasa Muktamad iaitu Kuasa 1 Juta HP untuk melancarkan serangan Tinju Maut Pendekar Laut ke arah jantung Orga yang akhirnya ‘mati’ tertumpas.
Pertarungan antara dua jagoan ini sering diibaratkan seperti pertempuran antara Jerung Harimau dengan Paus Pemusnah(Killer Whale). Kalau dalam dunia realiti, pertembungan ini sama sahaja seperti pertembungan el-Classico Real Madrid vs Barcelona atau pertarungan antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Pendek kata, mereka berdua umpama telah ditakdirkan menjadi musuh tradisi antara satu sama lain.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)