Wednesday, 18 April 2012
Apa itu Komik?
Pengenalan
Komik boleh didefinisikan “sebagai satu teknik menyusun gambar atau imej dan teks menjadi satu naratif untuk menyampaikan sebuah cerita atau idea. “seperti yang telah dinyatakan
Scott McCloud (1994) didalam bukunya berjudul Understanding Comics menjelaskan “ Komik merupakan gambar atau imej yang disusun secara turutan dan diletakkan berdampingan”
Komik secara tradisinya terdapat pelbagai jenis diantaranya:
1. Komik strip
Contoh: Komik Huha Karya ijoi dipetik dari Komik Harian Metro Selasa 14 Ferbruari 2006
Komik panel seperti yang terdapat di majalah kartun/komik. Komik loose ini terdiri dari satu sehingga empat mukasurat . Susunan panel adalah bebas mengikut kreativiti pelukis dan tidak semestinya mengikut contoh yang di paparkan. Teraju utama komik jenis ini di Malaysia ialah Majalah Gila-Gila dan Ujang(sekadar menyebut beberapa nama),
Contoh: Komik Wakaf Karya ijoi dipetik dari Majalah K,O No 10 , Jun 2001, Penerbitan Muttaqin
3. Komik Siri
Contoh komik Spiderman terbitan Marvel
4. Novel Grafik
Komik bersiri yang mempunyai naratif yang panjang serta diterbitkan dalam bentuk novel. Kebanyakan Novel
Grafik
menjadi medan eksperimentasi pengkaryanya dengan percubaan keluar dari komik konvensional terutama dari segi tema, gaya lukisan serta plot dan naratif cerita yang dipaparkan. Hampir kesemua novel grafik mengangkat tema neo-noir yang agak berat dan hitam seperti penyiasatan, korupsi, jenayah, seks dan keganasan seperti V for Vendetta yang ditulis Alan Moore dan diilustrasikan oleh David Lloyd , The Sin City oleh Frank Miller dan lain lain lagi . Namun terdapat jugak Novel Grafik yang santai dan bersahaja gaya lukisannya seperti Bone Karya Jeff Smith.
Contoh kulit Novel Grafik pertama “A Contract with God” karya Will Eisner
Sumber: Komik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































