Thursday 26 April 2012

Penyerang Villarreal Direhatkan 10 Bulan

0 comments
Villarreal memaklumkan bahawa Giuseppe Rossi memerlukan pembedahan kedua untuk lututnya sekaligus mengenepikan penyerang ini untuk selama 10 bulan.

Pemain antarabangsa Itali itu mengalami kecederaan ligamen buat kali kedua kurang dari enam bulan semasa sesi latihan pada 13 April lalu.

Pada mulanya  Rossi, yang selamat menjalani pembedahan di Amerika Syarikat hari Jumaat lalu, dijangkakan akan direhatkan untuk selama enam bulan namun kini disahkan tidak akan bermain lagi untuk tahun ini.

"Dengan sasaran bahawa Giuseppe Rossi akan pulang ke keadaan fizikal terbaiknya, prosedur paling selamat mengandungi dua pembedahan berasingan," menurut kenyataan dari Villarreal.

Akibatnya, Rossi akan kembali dibedah dalam masa empat bulan lagi. Bekas penyerang Manchester United itu dijadualkan akan mewakili negaranya di Kejohanan Eropah 2012 dan semakin kerap dikaitkan dengan kepulangan ke Serie A sebelum mengalami kecederaan pada awal April lepas.



Leave a Reply

Labels