Thursday 26 April 2012

Figo: Real Madrid Akan Menang La Liga

0 comments
Bekas pemain antarabangsa Portugal, Luis Figo berpendapat bahawa Real Madrid sebelah kaki lagi untuk memenangi La Liga berikutan kejayaan ke atas Barcelona di pertemuan El Clasico malam Sabtu lalu.

Kelab Santiago Bernabeu itu mengalahkan musuh ketat mereka dari Catalan dengan keputusan 2-1 di  Nou Camp untuk berada tujuh mata di puncak liga dengan baki hanya empat perlawanan.

Pengurus Barca, Pep Guardiola akur untuk melepaskan kejuaraan liga kepada Madrid selepas perlawanan dan Figo, yang pernah mewakili kedua-dua kelab tersebut, tidak merasakan Los Blancos akan mencicirkan sebarang mata lagi.

"Real Madrid akan menjadi juara," kata Figo semasa mengunjungi sebuah sekolah di Sintra.

"Dengan kelebihan yang telah mereka pastikan, ia akan menjadi sangat sukar untuk gelaran liga terlucut dari genggaman mereka."

Madrid akan menjadi tuan rumah kepada Sevilla dalam perlawanan La Liga seterusnya manakala  Barca mengunjungi Rayo Vallecano.



Leave a Reply

Labels