Saturday, 21 April 2012
Perkembangan Bayi Minggu Ke-16 Hingga Ke-20
(Minggu ke-16 hingga ke-20)
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan.
Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi
kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang
secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta
sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang
yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama
kali.
Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri.
Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu
seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem
usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan
pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air
masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran
hijau.
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18.
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah
dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita
dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan
juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone
semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18
ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk
proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga
berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19.
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim
untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan
berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang
mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan
kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu
akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut.
Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu ke-20.
Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan
kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta
imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang
dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































