Saturday, 21 April 2012
Perkembangan Bayi Minggu Kesebelas Hingga Ke-15
(Minggu ke-10 hingga ke-15)
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin
luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk
melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12
iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan
tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar
dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa
milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula
terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini
adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran
berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya.
Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi
kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang
pergerakan.
Minggu ke-13, kepala
bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga
semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini
boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.
Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat
perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan
minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak
meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3
kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan
jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya
melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung
kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan
lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran
darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah
sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil.
Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar
puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15,
bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari.
Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga
minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya
ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa
perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung
mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan
telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau
puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom
kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses
kelahiran kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































