Wednesday 25 April 2012

Pokok Akar Dani

0 comments



Pokok Akar Dani atau nama saintifiknya Quisqualis indica juga dikenali dengan nama ‘chinese honeysuckle’ dan ‘rangoon creeper’.  Pokok ini sejenis tanaman menjalar dan amat sesuai ditanam menggunakan pergola atau di tepi pagar. Pokok ini banyak digunakan di Taman-taman kerana bunganya menyerlahkan kecantikkan yang tersendiri apabila bergantungan. Pokok ini mudah dibiakkan menggunakan keratan dan biji benih. Ia cepat membesar dan memerlukan cahaya matahari yang penuh bagi menggalakkan ia mengeluarkan bunga yang banyak.
Dipercayai, pokok akar dani mempunyai khasiat perubatannya yang tersendiri. Air perahan daunnya boleh mengubati bisul dan ulser. Selain itu, bijinya digunakan untuk mengubati batuk, sakit kepala dan sakit kulit. Di luar negara pula, ada yang makan tumbuhan ini setiap hari bagi menjarakkan anak. Sejauh mana kepercayaan ini diamalkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini, diharap dikongsikan bersama.

Leave a Reply

Labels