Wednesday 25 April 2012

Pokok Asoka

0 comments



Pokok yang dikatakan  berasal dari selatan India dan Sri Lanka ini  digelar dengan nama Asoka atau nama saintifiknya Polyalthia longifolia var. pendula. Dalam sesetengah buku yang lain, pokok ini juga disebut pokok kayu penduduk dan mempisang. Di luar sana pula, ia lebih popular dengan nama Mast tree, False Asoka dan Weeping Mast tree. Pokok ini memiliki batang yang lurus, ketinggian sehingga 15 meter dan silaranya yang berbentuk tirus di atas.

Dahannya kecil dan banyak berjuntai ke bawah. Pokok ini juga mempunyai buah yang bergugus, namun sehingga kini saya masih belum sempat melihatnya. Pokok ini memang sesuai di tanam sebagai pokok hiasan terutama di perkarangan bangunan dan taman kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pokok ini dibiakkan melalui biji benih dan penjagaannya juga mudah.

Leave a Reply

Labels