Bahan-bahannya
25 gram agar-agar
1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)
½ kg gula
3 biji telur (dipukul)
2 sudu besar tepung kastard
1 tin buah laici (dicincang)
5 cawan air
Sehelai daun pandan
Pewarna (ikut suka)
caranya
- Agar-agar dimasak dengan 5 cawan air. Masukkan daun pandan untuk mewangikannya.
- Apabila air telah mendidih, masukkan gula dan biarkan ia larut, kacau selalu.
- Kemudian, apabila larutan agar-agar sudah pekat, masukkan tepung kastard berserta santan dan telur dan juga buah laici yang telah dicincang dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna merah, kuning, dan hijau.
- Masukkan ke dalam acuan atau bekas yang disukai. Biarkan ia beku dan sejukkan sebelum dihidangkan.


































