Wednesday, 25 April 2012
Smartphone dari Boeing
Boeing, jenama terkenal dalam pembuatan kapal terbang memutuskan untuk menceburi perniagaan baru – menjual smartphone Android.
Smartphone Android keluaran Boeing akan dikenali sebagai The Boeing Phone.
Proses pembinaan smartphone itu kini sudah dimulakan dan sedang dalam
proses. Pelancaranya dijangkan di adakan pada penghujung 2012 ini.
Perkara tersebut di sahkan oleh Brian Palma, Naib Presiden Boeing.
Keputusan itu di buat oleh Boeing setelah melihat pekerja syarikat itu membawa smartphone Android
milik masing-masing ke mana-mana saja lalu menggunakannya di mana-mana
sahaja, bukti bahawa penggunaan smartphone Android menjadi satu trend
pada masa kini.
Walaupun nama Boeing gah sebagai syarikat kapal terbang eksklusif, Boeing memutuskan untuk menjual smartphone mereka pada harga mampu milik (lower price point).
Kami berpendapat Boeing pasti akan membina smartphone Android dengan kerjasama syarikat pembuat barangan elektronik seperti Samsung, LG, HTC, Sony atau mungkin Huawei, ZTE.
Sebabnya, Boeing tidak memiliki kepakaran dan teknologi khusus untuk mengeluarkan sebuah smartphone, namun melihat jenama Boeing pada sebuah smartphone memberi imej mewah kepada pemiliknya, seperti mana Porsche Design pada smartphone BlackBerry.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































