Wednesday, 25 April 2012

Webtop: Motorola cuba membangunkan WebTop

0 comments







Webtop? Apa tu? Ia adalah tafsiran kepada smartphone Android yang menjadi desktop pc untuk pengguna mengakses kandungan web.

Dalam liputan lalu, kami memaparkan Motorola Droid Bionic Lapdok dan Motorola Atrix, produk hybrid gabungan smartphone dan laptop.

Kini Motorola melangkah sedetik lebih canggih dalam usaha membangunkan Webtop – konsepnya adalah menjadikan smartphoe alat serba guna – untuk melayari internet sebagai smartphone biasa juga sebagai sebuah peranti menyamai desktop pc.

Caranya, smartphone dimasukkan ke dock khas, kemudian dock itu pula bersambung dengan flat monitor, keyboard dan mouse. Ia menjadi sebuh desktop pc. Smartphone Motorola bertindak menjadi kotak cpu.

Apabila webtop digunakan, pengguna boleh melayari internet di monitor biasa sepertimana monitor desktop pc, menonton video, membuka Facebook, chatting, membaca blog, bahkan boleh memuat turun apa jua aplikasi yang dimahukan dari Google Play Store.

Anda sudah boleh bayangkan apa yang kami cuba sampaikan.

Untuk lebih memahami konsep webtop, lihat cara bagaimana seorang pemilik Samsung Galaxy Nexus (smartphoen Android 4 pertama di dunia) menukar smartphone itu menjadi sebuah desktop pc Android yang digunakan untuk melayari internet, mendengar lagu serta menonton video.

Fungsinya seakan sama dengan dekstop pc Windows.

Webtop masih dalam peringkat pembangunan, kami pasti akan akan mendapat sambutan satu ketika nanti. Dulu konsep nettop amat popular, dengan perkembangan teknologi, webtop muncul, menjadikan nettop semakin dilupakan.
Kami merasa pengguna smartphone di Malaysia pasti suka dengan konsep webtop kerana tertarik dengan dua perkara:
1. ciri moden.
2. kos rendah (dua fungsi dalam satu peranti).
Android akan digunakan dengan lebih meluas lagi apabila webtop semakin diterima ramai.

Leave a Reply

Labels