Friday, 20 April 2012
Telefon Bimbit Acer
Acer akan mengeluarkan telefon bimbit Windows Phone 8 pertama buatan mereka di namakan Acer W11. Nama ini hanya nama kod (code name) kerana Acer W11 masih di dalam peringkat pembangunan. Anda beruntung kerana jadi yang terawal mengetahui kemunculan Acer W11.
Smartphone itu akan dipasang dengan Windows Phone 8 Apollo
(versi sekarang adalah Windows Phone 7.5 Mango) dan akan diperkenalkan
oleh pihak Acer selepas pelancaran rasmi Windows 8 versi penuh (full
licensed version) oleh Microsoft pada satu jangka masa antara
Ogos-Okober 2012.
Acer W11 adalah handphone jenis slider menggunakan keyboard QWERTY, di klasifikasikan sebagai entry level smartphone sama seperti Nokia Lumia 610. Oleh kerana ia telefon bimbit entry level, maka harganya juga di jangkan rendah.
Kami menjangka mungkin pada RM600-RM899 sahaja. Harga adalah strategi terbaik untuk Windows Phone dalam usaha mereka menyaingi populariti Android.
Informasi mengenai tarikh pelancaran sebenar, jenama cip, kepantasan
cip, jumlah RAM, jumlah storan dan teknologi terbaru padanya tidak
dipaparkan oleh pihak Acer. Yang pasti, ia akan dilancarkan pada 4 bulan terakhir 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































