Friday, 18 May 2012
          Adi Putra Belum Pasti Mahu Ceraikan Isteri
Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra belum  memutuskan sama ada untuk bercerai ataupun tidak dengan isterinya, Aida Yusof.
Adi,32, berkata, mereka akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dekat 
sini pada Isnin ini sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah
 tangga yang dibina selama enam tahun itu.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan 
mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah 
tangga yang sedang berlaku.
Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak “panas” menerusi dram bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.
Pelakon itu dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada
 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk  kesejahteraan rumah tangganya tetapi
 mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat 
diselamatkan lagi.
Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan
 cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































