Friday, 18 May 2012
          Akim (AF7) Malu Terpaksa Tayang Badan
Penyanyi yang juga pelakon utama filem Hoore! Hoore!, Akim Ahmad (AF7) mengakui berasa segan untuk membuka baju dan menayangkan tubuhnya dalam filem itu.
Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 21, berkata walaupun dia 
berasa berat hati untuk berbuat demikian dalam beberapa adegan namun ia 
terpaksa dilakukan  demi memenuhi tuntutan skrip.
“Saya mahu penonton melihat lakonan saya dan bukannya benda-benda 
lain. Kita tidak tahu persepsi dan respons orang yang menonton jika 
melihat saya tidak berbaju.
“Saya bimbang jika tindakan itu (tidak berbaju) akan memberikan kesan yang tidak baik kepada penonton,” katanya.
Filem muzikal arahan Saw Teong Hin itu turut menampilkan pendatang 
baru Farah Nazirah dan barisan pelakon berpengalaman seperti Harun Salim
 Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor dan Fauziah Nawi.
Ia bakal ditayangkan pada 24 Mei ini bagi memperingati sehari sebelum ulang tahun kelahiran Allahyarham pada 25 Mei 1954.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































