Thursday, 17 May 2012

Ady Putra Sah Failkan Permohonan Cerai

0 comments

Laporan Harian Metro hari ini melaporkan, Ady Putra mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu.

Bagaimanapun Ady enggan bercerita lanjut tentang penceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman lagi.

“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” kata Ady.

Ady dan isterinya mengambil keputusan berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.



Leave a Reply

Labels