
Thursday, 17 May 2012
Rita Rudaini Tidak Akan Memenuhi Tuntutan Budak-Budak Aidil Zafuan
Masih dengan kisah pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil
Zafuan yang kini memasuki episod baru apabila si suami membatalkan
tuntuan cerai dan memohon si isteri dan anak-anak pindah ke rumahnya.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Aidil Zafuan,25,
menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan
mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.
Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak
berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru
didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.
Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma
tajaan ATM dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana
perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.
Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah
kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di
Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu sebagai kelakar dan macam
“budak-budak”
Rita,36, berkata, dia geli hati mendengar tuntutan itu yang
disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak
pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)