Saturday, 19 May 2012
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari
Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan
Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah
S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk
seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka
orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an :
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam
untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang
pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu
Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.
Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,
kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya
pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau
berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami
memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu
diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)