Friday, 18 May 2012
KAWALAN KUALITI DIRI MELALUI SOLAT
“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”
Al-Ankabut,29 : 45
“Dan dapatkanlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya
(solat) itu berat melainkan orang-orang yang khusyu’”
Al-Baqarah,2 : 45
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyu’
dalam solatnya”
Al-Mu’minun,23 : 1-2
“Oleh itu, celakalah orang-orang yang solat, yang solatnya lalai, yang
menunjuk-nunjuk(riya’)”
Al-Ma’un,107 : 4-6
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan di mana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita periksa kembali sembahyang kita, nanti akan
terjawablah mengapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela. Malah umat Islam
kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan
1
Kita
boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai
juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata
jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie berkata jatuh fasik
(pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Orang
yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul,
taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi
atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan
berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan
3
Orang
yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi
tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap
sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau
sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah,
bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan
4
Orang
yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk
kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang
dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal
saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya.
Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka
Wail bagi orang ini.
Golongan
5
Golongan
yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap
bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati
dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek
kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin (Orang awam muslim).
Golongan
6
Golongan
ini baik sedikit dari golongan yang kelima tadi, tetapi main tarik tali di dalam
sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat
sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan
seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba-tiba maka insaf dan sedarlah
semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat
dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia
merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan
jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah
mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan
dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada
memberi kesan apa-apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan
7
Golongan
yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan
dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa
dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan
atau yang difikirkan di luar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan
seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut
orang-orang soleh atau golongan abrar atau ashabul yamin.
Golongan
8
Golongan
ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu
bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia
dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah
bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya
dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung
dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir
dengan Allah )
Golongan
9
Golongan
ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan
saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat
mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang,
kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana
dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat
dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah
terpacak di betisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam
sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang.
Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan
kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan
Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi di sekelilingnya
langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang
disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah
kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita
nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh
mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan
akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti,
manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi
dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai
dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan
kepada kita di akhirat nanti ialah solat kita. Marilah bersama membaiki solat
kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga
tertegak kembali daulah Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)