Monday 7 May 2012

BISIKAN SIRR #12

0 comments



[12] ✿ܓ♥ IKHLASKAN DIRIMU

Apabila melakukan kebaikan, jangan mengharapkan balasan manusia, nanti engkau akan kecewa.

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ

" Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)." [Al-Insyiqaq: 6]

Ikhlaskanlah dirimu semata-mata kepada ALLAH, jangan mengharap pujian dan jangan menghiraukan celaan. Insya-Allah kamu akan menemui kebahagiaan dunia dan akhirat. Imam Ghazali rahimahullah menulis menerusi suratnya, 'Ayyuhal Walad'. "Wahai anakku, engkau bertanya kepada-Ku apa itu ikhlas? Ikhlas itu ialah engkau berbuat sesuatu semata-mata untuk ALLAH, tidak engkau sombong dengan pujian manusia, dan tidak engkau terjejas apabila dicela." 

Leave a Reply

Labels