Friday, 18 May 2012
Kereta Subaru Bersih Sendiri
SUBARU baru-baru ini mengejutkan dunia automotif menerusi pelancaran kereta yang mampu membersihkan dirinya sendiri.
Menerusi teknologi AF yang pertama seumpamanya di dunia, ia
dibangunkan oleh pasukan jurutera Subaru bersama jurutera elektrikal.
Untuk membersihkan kereta dengan pantas, pemandu hanya perlu menekan
satu butang pada kunci. Profesor Ai Lai yang mengetuai pasukan
penyelidik itu memberitahu generator-generator nano akan menukar tenaga
mekanikal yang ada di sekeliling kita kepada tenaga elektrik.
"Hasilnya, ia akan mengaktifkan aliran elektrik bervoltan rendah yang
tidak berbahaya pada permukaan luar kenderaan. Aliran elektrik itu akan
mengurai kotoran seperti tanah dan habuk yang melekat pada badan
kereta," kata Ai Lai.
Kenderaan Subaru dengan teknologi AF tersebut sudahpun dijual di
pasaran United Kingdom sejak April lalu. Anda boleh menyaksikan video
mengenainya di alamat: www.subaru.co.uk/selfclean. - Newspress
Subscribe to:
Post Comments (Atom)