Sunday 6 May 2012
LG Optimus LTE2
LG Optimus LTE2 adalah smartphone Android terbaru
buatan LG yang akan diperkenalkan kelak, dipasang dengan Android 4 Ice
Cream Sandwich, capaian 4G LTE, dilengkapi RAM sebanyak 2GB dan pengecas
berciri wireless (wireless charging) sepertimana pada Samsung Galaxy
S3. Inilah kali pertama kali menjumpai sebuah smartphone Android dilengkapi RAM 2GB, sebelum ni biasanya smartphone Android prestasi tinggi dilengkapi dengan RAM sebanyak 1GB sahaja, bahkan Samsung Galaxy S3 dan HTC One X hanya memiliki RAM sebanyak 1GB ketika dilancarkan.
Selain itu, LG Optimus LTE2 dikatakan memiliki skrin True HD menandingi keterangan pada paparan skrin Super AMOLED milik Samsung. LG
merancang untuk memasarkan smartphone terbaru mereka ini menjelang
hujung bulan Mei 2012 bermula di Korea dulu, waktu itu seakan hampir
sama dengan pelancaran tarikh penjualan Samsung Galaxy S3 ke seluruh dunia pada 29 Mei 2012 . Jumlah RAM yang tinggi sebanyak 2GB pada LG Optimus LTE2 membuat kami di iAwani susah mau tidur malam.
Kami seakan mahu memiliki keduanya - Samsung Galaxy S3 juga LG Optimus LTE2 ni. Andai kata iPhone 5 turut dilancarkan Mei ini, entah apa akan jadi pada kami. Bingung, keliru, sukar memilih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)