Sunday 6 May 2012

Samsung Galaxy S3 akan tiba di Malaysia

0 comments



Penantian berakhir, Samsung Galaxy S3 kini muncul, tidak lama lagi kita di Malaysia pasti akan dapat memilikinya lebih kurang sebulan kemudian pada awal Jun 2012, harga Samsung Galaxy S3 di Malaysia kami jangka adalah RM1899-RM1,999. Anda boleh ikuti rakaman siaran majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 di laman web The Next Galaxy melalui rakaman video selama satu jam 18 minit. Terdapat dua warna untuk Galaxy S3 – Marble White dan Pebble Blue, tidak ada warna hitam diperkenalkan. Ini bermakna Samsung Galaxy S3 disasarkan bukan sebagai business phone sahaja tapi sebagai smartphone Android untuk semua golongan.

Kerangka luarnya berbentuk ergonomik dan kenipisannya menyamai Galaxy S2. Skrinnya bersaiz 4.8 inci, didatangkan dengan capaian 4G LTE, RAM 1GB, cip pemproses berkepantasan 1.4Ghz dari jenis Quad-Core, bateri 2100 miliamph, kamera belakang dipasang lensa 8MP (sama dengan Samsung Galaxy S2) manakala kamera depan dipasang lensa 1.9MP sahaja. Yang bestnya, Samsung Galaxy S3 didatangkan dengan NFC (Near Field Communicator) dan pengecasan wireless menggunakan alat khas.

Leave a Reply

Labels