Friday, 18 May 2012
Mazda CX-5 Pengubah Permainan Untuk Mazda
ENAMA Mazda di negara kita masih tidak berapa popular. Jika ditanya
bakal pembeli kereta, entah tersenarai atau tidak jenama itu dalam
senarai pendek mereka. Pada hal Mazda mempunyai produk untuk hampir
semua segmen. Produk mereka juga bukanlah teruk sangat, malah boleh
dikategorikan sebagai cemerlang.
Mazda2 misalnya pernah memenangi anugerah World Car of the Year 2008.
Mazda6, Mazda5 dan Mazda3 pula mempunyai reka bentuk tersendiri
berbanding pesaing dalam segmennya.
Mungkin jika dikira dari segi harga, produk Mazda sedikit mahal
berbanding jenama Jepun lain. Namun, harus tahu semua produknya kecuali
Mazda3 (CKD) dan Mazda2 (Thailand) adalah diimport sepenuhnya dari
Jepun.
Bahkan ada laporan menyatakan bahawa Mazda hanya mempunyai satu
standard sahaja dalam pengilangan produk. Semuanya mengikut standard
Jepun.
Boleh jadi Mazda kurang popular di pasaran tempatan kerana promosi
yang tidak berapa kuat. Seterusnya menyingkirkan terus jenama itu
daripada senarai pendek bakal pembeli kereta.
Namun senario itu dijangka berubah dengan pengenalan model CX-5 di
pasaran tempatan nanti. Ini kerana Mazda CX-5 2.0 liter FWD menawarkan
penggunaan minyak hanya enam liter untuk 100km perjalanan (kitaran
gabungan EU).
Jika dikira secara rambang, model itu hanya memerlukan RM12 untuk
berulang-alik dari Ampang ke Bandar Baru Nilai. Jika fakta itu betul,
Bermaz selaku pengedar Mazda hanya memerlukan sedikit sahaja usaha untuk
memperkenalkan CX-5 kepada umum. Selebihnya pasti akan dihebahkan dari
mulut ke mulut. Barang baik pasti orang cari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)