Friday, 18 May 2012
Prius c Kereta Bandar Yang Ideal
KENDERAAN hibrid tidak lagi asing di Malaysia. Walaupun jumlahnya
tidaklah banyak, namun peningkatan jualan jelas menunjukkan bahawa
pengguna sudah boleh mengadaptasi teknologi tersebut dalam kehidupan
harian mereka.
Populariti kereta hibrid juga disumbang oleh ketidaktentuan harga
bahan bakar, peningkatan kos sara hidup dan kesedaran terhadap
pemuliharaan alam sekitar. Justeru, situasi itu dilihat sebagai masa
paling tepat buat pengeluar kereta untuk memperkenalkan kenderaan hibrid
masing-masing.
Turut membantu merancakkan pengenalan kereta hibrid di pasaran
tempatan pastinya insentif pengecualian cukai yang diumumkan oleh
kerajaan.
Di Malaysia, kereta hibrid terlebih dulu diperkenalkan oleh Honda
Malaysia menerusi model Civic Hybrid. Tawaran tidak terhenti di situ
apabila satu demi satu model hibrid memasuki pasaran.
Di pasaran tempatan, persaingan model hibrid tertumpu kepada dua
gergasi automotif dari Jepun, Toyota dan Honda. Honda membariskan
model-model seperti Insight dan Jazz Hybrid. Sementara Toyota pula
menyahut cabaran menerusi model Prius dan Prius c.
Berada dalam pasaran yang amat sensitif terhadap harga, Toyota dan
Honda nampaknya cuba mengumpan pelanggan dengan cara menawarkan harga
yang mampu milik. Hasilnya, majoriti model-model yang disebutkan tadi
berada di takat bawah RM100,000.
C itu merujuk kepada perkataan ‘City’ (bandar), lokasi paling sesuai
untuk memandu jentera tersebut. Prius c dikuasakan oleh sistem Hybrid
Synergy Drive (HSD) yang terdiri daripada enjin petrol dan motor
elektrik. Seperti biasa, sistem itu menawarkan pemanduan yang senyap,
lancar, jimat bahan api dan tidak menghampakan dari segi tujahan kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)