Tuesday, 8 May 2012

MUKADIMAH BICARA HIKMAH

0 comments



Dunia adalah tempat ujian. Ia dipenuhi pelbagai liku dan fitnah. Tanpa petunjuk dan ketelitian dalam mengatur langkah kehidupan, seseorang akan terjerumus ke lembah kerosakan yang akan membinasakan dirinya.

Jiwa manusia sentiasa mencari kebahagiaan dan ketenangan dalam hiupnya. Namun ramai yg tersasar dalam langkah mereka untuk mencapainya. Atau mereka berjaya mengecapinya, tapi hanya seketika sahaja. Kerana jalan yg dipilih tidak berlandaskan petunjuk aL-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Justeru, untuk mencapai hakikat kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki, kita perlu kembali kepada ALLAH, memahami siapa kita dan rahsia-rahsia di sebalik penciptaan diri kita serta arah tuju yg perlu kita lalui. Mudah-mudahan kita selamat daripada tipu daya dan fitnah yang datang dari pelbagai arah. Wassalam.

Leave a Reply

Labels