Saturday, 19 May 2012
Pelayaran CINTA Anang, Ashanty
Sekitar pertengahan tahun lalu, sewaktu penyanyi duet Anang
Hermansyah, 43, dan Ashanty Siddik, 28, datang ke Kuala Lumpur dalam
rangka promosi album mereka, Jodohku, mantan suami Kris Dayanti itu
tidak menyembunyikan perasaannya terhadap Ashanty.
Anang juga tidak malu untuk mengatakan bahawa dia sudah lama ingin
menikahi Ashanty, hanya penyanyi bermata bundar itu sahaja yang masih
belum memberi sebarang jawapan.
"Sementelah jarak usia kami juga sejauh 14 tahun membuat saya harus
berfikir panjang untuk melangkah masuk ke fasa baharu. Saya memerlukan
sekurang-kurangnya setahun untuk menilai hubungan cinta kami."
Seperti memegang prinsip diri, wanita cantik bermata bundar itu
memang benar-benar mengambil jangka waktu hampir setahun untuk menerima
lamaran Anang. Pada tanggal 12 Mei lalu, selepas beberapa kali rencana
mereka ingin bernikah tergendala, Ashanty akhirnya sah bergelar isteri
Anang.
Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan serba sederhana tetapi
meriah di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta Pusat, Indonesia. Ia hanya
dihadiri oleh lebih kurang 300 ahli keluarga dan sahabat terdekat
pasangan selebriti itu. Usai solat Asar, Anang dan Ashanty pun rasmi
menjadi suami isteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)