Thursday, 17 May 2012

Pixie Lott Hadir Ke Kuala Lumpur Untuk Showcase, Promosi Album Terbaru

0 comments

Mungkin ada antara anda yang tidak mengenali Pixie Lott tapi tidak mengapa kerana beliau akan hadir ke Kuala Lumpur untuk showcase khas.

Penyanyi cantik dan berasal dari London, Pixie Lott kali ini hadir ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan album Young Foolish Happy yang sudah menjengah pasaran Asia dengan pakej khas Asian Deluxe.

Menariknya, showcase yang bakal berlangsung di KL Live ini tidak memerlukan anda membeli tiket tetapi hanya perlu membeli Young Foolish Happy Asian Deluxe untuk membolehkan anda menerima satu tiket.

Keesokkan harinya, Pixie Lott akan hadir ke Rock Corner, The Curve Mutiara Damansara untuk sesi bertemu peminat dan autograf khas untuk album terbaru.

Pixie Lott Young Foolish Happy Tour (Live In Malaysia)
Tarikh: 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam | Lokasi: KL Live, Life Centre
Tiket: Beli album terbaru Pixie Lott berjudul Young Foolish Happy (Asian Deluxe) pada harga RM45.90 bermula 30 April 2012 & anda akan terima SATU tiket ke showcase.
Sessi Autograf: 27 Mei 2012 (Ahad), 2.00 Petang @ Rock Corner, The Curve





Leave a Reply

Labels