Thursday, 21 June 2012

Bahaya Terdedah Bahan Kimia Semasa Mengandung

0 comments

 

Pendedahan kepada bahan kimia semasa mengandung

Ramai wanita menggunakan, memindahkan atau terdedah kepada bahan kimia pada setiap hari disebabkan kerja. Jika tempat kerja anda menyebabkan anda terdedah kepada pelbagai jenis bahan kimia, anda mesti mempertimbangkan keselamatan dan kesihatan ibu dan kandungannya di dalam tempoh kehamilan. Ini kerana terdapat beberapa jenis bahan kimia yang diketahui sebagai berbahaya kepada ibu dan anak mereka. Kesan daripada pendedahan kepada bahan kimia yang berbahaya termasuk:

  • kelahiran kurang matang
  • keguguran
  • kesan kelahiran fizikal dan kecacatan
  • masalah perkembangan pada masa hadapan
Pendedahan kimia yang sangat tinggi diketahui menyebabkan demam yang terlampau dan juga kematian kepada bakal ibu. Oleh itu, adalah sangat penting untuk sentiasa berwaspada dengan kesihatan dan keselamatan anda semasa mengandung.




 

Leave a Reply

Labels