Thursday, 21 June 2012

Berat Badan Normal Semasa Kehamilan

0 comments

 


Berat Badan yang bagaimanakah dianggap normal?

Setiap wanita mempunyai ukuran yang tersendiri. Ianya bergantung kepada indeks berat badan yang boleh dikira dengan menggunakan formula yang tertentu. Bahagikan berat badan di dalam ukuran kg dengan ukuran ketinggian di dalam meter. Indeks yang normal akan menunjukkan bacaan di antara 19.8 ke 25.9. Sekiranya anda hamil kepada bayi kembar, tambahkan jumlah ini dengan 2, 3-4, 6kg lagi. Kebanyakan wanita akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 40 peratus sewaktu hamil pada peringkat pertama kehamilan dan 60 peratus di peringkat kedua kehamilan.


Kebiasaannya, wanita yang mempunyai berat badan yang normal sebelum hamil, akan mengalami pertambahan sebanyak 1.5-2kg pada peringkat pertama kehamilan meraka. Pada tahap kedua pula wanita ini akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 0.5-1kg untuk keseluruhan sembilan bulan kehamilan tersebut. Berat  badan harus bertambah secara serata dan sedikit demi sedikit. perkembangan bayi yang normal pula adalah bergantung kepada situasi ini.






Leave a Reply

Labels