Thursday, 21 June 2012
Masalah Berat Badan Keterlaluan
Apakah pula masalah yang timbul akibat dari pertambahan berat badan yang keterlaluan?
Jika si ibu mengalami pertambahan berat badan yang keterlaluan ketika sedang hamil, kedua-dua mereka iaitu ibu dan bayi yang dikandung akan berada di dalam keadaan yang membimbangkan. Pertambahan berat badan yang berlebihan ada;ah suatu simptom yang menunjukkan pertambahan toksid dan ini bukanlah situasi yang elok untuk wanita tersebut. Di dalam keadaan yang sedemikian wanita yang hamil itu akan mengalami kesakitan di bahagian pinggang dan bahagian bawah perut. Terdapat sesetengah kes yang teruk di mana wanita yang hamil itu akan melahirkan bayi yang pramatang ataupun plasenta pramatang akan terlupus.
Malahan keadaan berat badan yang berlebihan juga boleh mengakibatkan otot-otot mengalami masalah. Ini akan menyebabkan kaki membengkak akibat cecair yang berlebihan di dalam badan yang lebih tertumpu di bahagian kaki, hadapan dinding perut dan juga tangan. Bahagian belakang badan dan betis juga akan menjadi sakit, aliran darah di bahagian urat kaki akan terjejas dan ini akan menyebabkan penyakit varikos menjadi semakin parah. Wanita hamil yang mengalami kejadian sebegini akan menjadi lebih penat serta mudah marah. Bagi bayi yang belum lahir pula, keracunan yang timbul akibat pertambahan berat badan yang dialami oleh si ibu akan menyebabkan terjadinya anoksemia yang kronik yang boleh membawa kepada kematian sebelum sempat melahirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


































