Wednesday, 20 June 2012
The Dutchman: Aplikasi permainan tempatan
Terdapat beberapa aplikasi berbentuk permainan yang dibangunkan oleh
pembangun tempatan, dan salah satu yang terbaru dilancarkan adalah The Dutchman
daripada Utan Tropik. Permainan ini dibangunkan khas untuk pengguna
Android, dan boleh didapati dalam dua versi iaitu berbayar dan juga
percuma.
Melalui permainan The Dutchman ini, ia memfokuskan kepada genre
strategi pertahanan, dimana anda perlu mengubah semua monyet-monyet di
skrin ke pihak anda. Perkara ini dilakukan dengan membaling buah
berwarna hijau ke arah monyet tersebut. Pada setiap tahap, anda akan
berlawan dengan pihak AI, yang membaling buah berwarna hijau. Permainan
akan terus mencabar dengan bilangan monyet akan meningkat dari semasa ke
semasa, memerlukan anda bersaing dengan lebih hebat dan pantas lagi.
Dari segi grafik, The Dutchman membawakan grafik yang ringkas, dan
dilukis tangan berdasarkan kepada hutan tropikal. Mungkin lebih
perhatian boleh diberikan supaya ianya kelihatan lebih ceria dan menarik
pemain muda mahupun dewasa. Selain itu, daripada apa yang kami gunakan,
aplikasi ini agak sukar dimainkan pada skrin kecil, dan lebih mudah
dikendalikan apabila menggunakan peranti Android bersaiz besar.
Menurut pembangunnya, mereka akan mengemaskini dengan pelbagai tahap
setiap sebulan, sekaligus menjadikan pengguna dan pemain tidak bosan
dengan permainan tersebut.
Bagi anda yang berminat dan menggunakan Android 2.2 dan yang terkini, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































