Wednesday, 20 June 2012
Harga Acer Aspire S5 di Malaysia
Bagi para peminat Ultrabook, sepertimana kami laporkan sebelum ini, hari
ini, Acer Malaysia telah pun melancarkan Ultrabook terbaru mereka untuk
pasaran Malaysia, iaitu Acer Aspire S5, yang didatangkan bersama-sama
pelbagai ciri-ciri menarik padanya. Di Malaysia komputer riba tersebut
dijual pada harga RM3499.
Menariknya melalui Acer Aspire S5 adalah dimana ia merupakan komputer
riba pertama membawakan sokongan Thunderbolt padanya, selain turut
menggunakan cip pemprosesan Ivy Bride Intel Core i7. Ruangan storan
padanya turut dijana oleh SSD bersaiz 128GB. Ciri-ciri lain turut sama
disertakan adalah memori sebanyak 4GB RAM, dan juga skrin bersaiz
13.3-inci.
Sama seperti beberapa Ultrabook yang lain, ia didatangkan
bersama-sama sistem operasi Windows 7, dan juga sokongan memulakan
komputer dengan pantas dalam masa kurang 1.5 saat, dinamakan sebagai
Instant On.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan komputer riba ini pada harga
RM3499 daripada pengedar rasmi Acer di seluruh negara bermula bulan ini.
Kami akan berkongsi beberapa gambar pandang pertama peranti ini dalam
artikel akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































