Pengumuman rasmi mengenai pembelian penuh Motorola oleh Google dibuat oleh Larry Page (CEO Google), dalam kenyataannya Larry mengesahkan CEO lama Motorola iaitu Sanjay Jha akan meletak jawatan lalu digantikan oleh Dennis Woodside, salah seorang dari kakitangan cemerlang di Google sebagai CEO baru Motorola. Kini sahlah sudah, Motorola hak milik Google setelah mendapat keizinan rasmi dari kerajaan Amerika juga kerajaan China. Dengan pembelian Motorola, Google akan mempunyai bahagian khas untuk membina hardware dan peralatan elektronik miliknya selain terus beroperasi sebagai entiti berasingan sepertimana sebelum ini. Umum tahu Google adalah syarikat berasaskan internet dan kekuatan mereka adalah pada aplikasi web sahaja, dengan kehadiran Motorola, syarikat elektronik berprestij dipasaran dunia itu pasti boleh memenuhi kekurangan Google dengan membina hardware (smartphone/tablet,web tv) melalui kilang-kilang mereka. Selepas ini, Google tidak lagi bergantung pada business partner (Samsung, HTC, Acer, Logitech) untuk membina mana-mana peralatan elektronik, sebaliknya akan mengeluarkan gajet mereka sendiri menggunakan teknologi Motorola. Mungkin, Chromebook dan tablet Android keluaran Google akan dikomersilkan habis-habisan.
